Saturday, November 26, 2011

Exam Fever Over

Alhamdulillah. Exam dah habis. Actually there are still 2 more papers to go. But who cares kan? Sebab exam teori dah habis. Yang practical pelik2 tu pon dah habis. cuma tinggal prostho and OD je.

Exam kali ni banyak mengajar aku benda2 yang x pernah aku encounter sebelum2 ni. Frankly speaking, aku dah start study untuk exam ni at least 3 weeks before exam tau. Ni kira paling awal la aku start preparing untuk exam. Selalunya seminggu sebelum exam baru nak kelam kabut tengok buku yang sesuai nak baca. Baru nak carik buku yang sesuai. Tak start baca pun lagi. So untuk exam kali ni, aku dah berazam untuk buat yang terbaik la sebab 1st exam untuk 2nd year kan. semangat tu masih kuat lagi. Tapi ISTIQAMAH itu takde dalam diri aku ni. Disebabkan nilai istiqamah tu takde, maka semangat aku yang awal2 tu hanya separuh jalan.

Seminggu sebelum exam aku dah mula hilang semangat untuk belajar. Just imagine, every single day aku memang baca buku. Aku tolak semua aktiviti nak bersosial dengan kawan-kawan. Takde keluar jogging pon. Takde okeh takde. Pastu nak buat ape-ape benda lain selain belajar pun kena fikir banyak kali. Nak pegi celebrate besday kawan pun nak kena fikir.

And few more days before exam, aku dah jadi malas. Dah bosan menghadap buku. Tak exam pon menghadap buku. Exam lagi la kena makan buku tu. Aku nearly give up dengan diri sendiri. Dah baca banyak kali but still x boleh hafal. Aku mula rasa macam diri ni useless. Tapi aku x pernah rasa hidup ni unfair.

Aku cuba nak cari dekat mana kesalahan aku. tapi dah terlambat sebab exam dah start. And memang kena focus on exam. Tak boleh nak spend masa on muhasabah diri. Tapi dalam pada masa yang sama, aku berjinak-jinak untuk bangun solat malam *tahajud*.

Aku rasa kekuatan aku untuk exam ni memang datang dari solat-solat aku and doa yang aku mintak dekat Allah. Kalau takde benda-benda tu, mungkin aku dah takde semangat nak teruskan. Aku tau exam aku kali ni is the worst yang pernah aku buat. Aku macam tak tahu ape-ape and pergi exam just untuk datang exam je. Bukan untuk menjawab exam.

Tapi aku fikir. mungkin ini salah satu cabaran and dugaan yang Allah nak bagi dekat aku. Kite x boleh sentiasa berada dalam comfort zone terlalu lama. Sebab kalau kite terlampau selesa, kite akan lupa diri kite ni sebagai hamba Allah. Allah nak kite sebagai hamba ni, datang meminta pertolongan dari Dia. Aku mungkin akan sedih dengan result kali ni. Tapi aku bangga sebab aku dapat belajar dari pengajaran yang Allah sengaja bagi dekat aku. Aku bersyukur Allah menduga aku tima 1st sessionals ni. kalau Allah bagi time final exam? mungkin aku tak dapat nak menanggung apa yang diberi. Allah knows best. That's it. Fullstop.

No comments:

Post a Comment