Wednesday, November 30, 2011

Sunrise or Sunset?


Jawapannya ialahhhh........SUNRISE!!

Aku suka sunrise lagi dari sunset. Tak tau sebab ape. Lagi cantik kot. Dekat india ni, lepas solat subuh je, mesti aku akan bukak tingkap and tengok langit. Itu hobi aku hari-hari la. Anda pula bagaimana? ecewah ayat commercial.














Lord of the heavens and of the earth and all between them, and Lord of every point at the rising of the sun!

Tuhan langit dan bumi dan apa yang berada di antara keduanya dan Tuhan tempat-tempat terbitnya matahari.

Milo-Based Delicacies


Hamboi tajuk cannot go *read: tak boleh blah*

Aku upload gambar dua makanan yang aku buat bersama-sama syaklababes. Sedap tak sedap tu tanyalah orang yang pernah rasa. ehem. hehe. Nak resepi silalah google. Semuanya di hujung jari jewww.




kek batik





dadih milo

Worth Watching

Kepada bakal-bakal doktor, doktor and senang-senang semua manusia lah. Silalah tengok video ni. Berbaloi-baloi. Teringin sangat nak jumpa orang-orang macam ni. And teramatlah teringin nak jadi seperti orang macam ni.


Bersyukurlah

There is no reason not to thank Allah..


Men VS Allah?

Salam..

Harini dalam kelas Dental Materials aku belajar pasal amalgam. Amalgam tu ape? Amalgam ni benda yang pakai untuk tampal gigi tula. Yang kaler hitam tu. hehe.

Dalam kelas tadi buat aku terpikir pulak. Actually materials yang dipakai untuk tampal gigi ni kalau properties dia boleh sama dengan gigi sebenar, kira wallah la material tu. Tapi dalam setiap materials yang aku pernah belajar, sewallah mana pun material tu, tetap x boleh menyamai kehebatan natural teeth ni. Paling kurang pon mesti ada drawbacks yang membuatkan material tu tak sama seperti natural teeth.

So, kesimpulan yang boleh kita buat dari ape yang aku pikir ni ialah, sehebat mana pun ciptaan manusia, takkan pernah setanding dengan ciptaan Allah. Mungkin kita boleh cipta satu benda yang exactly sama bentuk tapi mesti tak boleh sama properties. Kalau boleh sama properties pun, mesti banyak kelemahan dalam ciptaan kita tu. Sungguh Allah itu Maha Hebat dan Maha Berkuasa.

Kita kena selalu ingat bahawasanya kita ni hanyalah manusia dan hamba Allah. Tidak lebih dari itu. Takkan pernah mampu menandingi Pencipta kita. Selalu-selalu la ringankan lidah menyebut alhamdulillah sebab ape yang kita ada harini tiada cacat celanya.


P/S - Sorry ayat tak sedap langsung. Tak reti nak buat ayat-ayat ustazah pilihan. Tapi hopefully point yang aku nak bagitau tu sampai la. Aku cuba nak sampaikan ape yang aku rasa je. hehe.


Saturday, November 26, 2011

Forever 21


17/11/2011

Aku dah besar. hehe. Dah boleh mengundi. Dah boleh kawen pon. Oppsss. haha. Main-main aje. Birthday kali ni takde letak dekat facebook ye. Sebab aku pon lupa nak letak. Dok privatekan sangat facebook tu sampai semua orang tak tau besday aku bila. Tapi the best thing is orang yang celebrate besday aku this time semuanya orang-orang yang very close dengan aku. So rasa sangat special.

Besday kali ni la mak wish pukul 12.07 am. Kau hado? hehe. Terharu okeh. Sampai nanges-nanges baca mesej. hehe.

Aku ada buat list orang yang wish aku besday. Ohmaii. Memang macam budak-budak pun. Setiap kali besday aku memang buat list orang yang wish. LOL

-ika-emak-angah-nanad-jixs-achik-alang-syak-nora-syiao wei-chee kit-apah-rohit-maryam-boon loey-lynn-christine-yin kuan-stephenie-abg end-abg tawfiq-abg fendi-amirul-nas-suraya-mak lang- mak jang-dewi-keshan-san-shawn-auw-najah-aisyah-felicia-calvin-nic-wilson-pajin-

Besday aku je mesti satu hari sebelum exam. Tahun lepas pon memang macam tu. hehe. Dah terbiasa la. Bila besday je stress. Bila stress je besday. eh? hehe.

And today on 26th Nov, my Manipal Family keluar had dinner together at Pizza Corner.
Dekat dalam kedai tu, diorang pasal lagu happy birthday full version punya. Sangat terharu :') Lepastu since kawan-kawan aku chinese, diorang nyanyi dalam bahasa cina pulak.

Dapat hadiah and choc cake from steph, tytin, boon loey and shawn. Thank you guys.




dekat entrance Pizza Corner





diorang nyanyi lagu besday





muka terharu





me with birthday cake





ok ni alien gelak pakai gigi palsu





tarik nafas nak tiup lilin *fuhfuh*





muka happy tiup lilin





getting ready nak kene benam kepala dalam kek




not in the pic *tangan diorang atas kepala*





muka comot sudah





muka kesian kena buli





potong kek yang memang dah dipotong. hehe



Dinner sangat best. Dapat sembang-sembang plus ktorang dah habis exam kan. So, kurang siket beban dalam otak.

Pastu aku ada dapat hadiah la siket. hihi. Terima kasih korang :)





dari junior KMC, Maryam and Aisyah





kek yang diorang buat





besday card from steph, tytin, boon loey and shawn





from 4 of them






angry bird yang terbang jauh dari malaysia. tenkiu ik syg!






motif? hehe. dari mun*** LOL



And, thanks soooooo mucho syaklababes sebab belanja aku makan Pizza Corner. Bertambah sedap pizza tu bila ada orang belanja. hehe.


Wonderful birthday :) Semoga umur aku diberkati. Aku just nak improvekan diri jadi muslimah yang lebih baik. InsyaAllah, amin~

To mak and ayah :

Terima kasih sebab melahirkan dan menjaga adik dari kecik sampai sekarang. Hanya Allah yang dapat membalas pengorbanan and semua jasa mak ayah. Adik akan cuba jadi anak yang terbaik. Sayang mak ayah banyak-banyak sangat!









Al-Quran (1)

Assalamualaikum w.b.t.






When My servants ask thee concerning Me, I am indeed close (to them): I listen to the prayer of every suppliant when he calleth on Me: Let them also, with a will, Listen to My call, and believe in Me: That they may walk in the right way.



Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.

Terima Kasih Cinta

Adik nak ucapkan tenkiu untuk semua yang kasik support sepanjang exam ni. Especially mak and ayah yang for sure doakan adik banyak-banyak. Untuk family adik terutamanya kakak-kakak tersayang : angah, alang, achik and adik perempuan yang sorang tu, apah. Tenkiu sebab selalu layan adik time adik stress. hehe. Adik memang banyak kali call rumah la. Memang nasib la sape yang dapat phone call dari adik. Sama ada nak kena dengar adik nanges or adik komplen itu ini yang susah. hehe.

Kepada San Muqaddim, tenkiu sebab kasik banyak sangat nasihat and tazkirah yang boleh menaikkan semangat and perubahan untuk diri saya ni.

Kepada Syak and Mun, tenkiu sebab selalu bagi ayat-ayat dorongan. Korang boleh paham ape yang aku rasa sebab situasi kita sama :) Mun, kau buat aku terharu gila sebab kau datang melawat and kasik KFC. hehe. Gamba kau yang aku terpaksa terima as my besday present ada elok je atas meja aku ni.

Untuk semua yang mendoakan, terima kasih banyak. Saya sayang korang semua!

Exam Fever Over

Alhamdulillah. Exam dah habis. Actually there are still 2 more papers to go. But who cares kan? Sebab exam teori dah habis. Yang practical pelik2 tu pon dah habis. cuma tinggal prostho and OD je.

Exam kali ni banyak mengajar aku benda2 yang x pernah aku encounter sebelum2 ni. Frankly speaking, aku dah start study untuk exam ni at least 3 weeks before exam tau. Ni kira paling awal la aku start preparing untuk exam. Selalunya seminggu sebelum exam baru nak kelam kabut tengok buku yang sesuai nak baca. Baru nak carik buku yang sesuai. Tak start baca pun lagi. So untuk exam kali ni, aku dah berazam untuk buat yang terbaik la sebab 1st exam untuk 2nd year kan. semangat tu masih kuat lagi. Tapi ISTIQAMAH itu takde dalam diri aku ni. Disebabkan nilai istiqamah tu takde, maka semangat aku yang awal2 tu hanya separuh jalan.

Seminggu sebelum exam aku dah mula hilang semangat untuk belajar. Just imagine, every single day aku memang baca buku. Aku tolak semua aktiviti nak bersosial dengan kawan-kawan. Takde keluar jogging pon. Takde okeh takde. Pastu nak buat ape-ape benda lain selain belajar pun kena fikir banyak kali. Nak pegi celebrate besday kawan pun nak kena fikir.

And few more days before exam, aku dah jadi malas. Dah bosan menghadap buku. Tak exam pon menghadap buku. Exam lagi la kena makan buku tu. Aku nearly give up dengan diri sendiri. Dah baca banyak kali but still x boleh hafal. Aku mula rasa macam diri ni useless. Tapi aku x pernah rasa hidup ni unfair.

Aku cuba nak cari dekat mana kesalahan aku. tapi dah terlambat sebab exam dah start. And memang kena focus on exam. Tak boleh nak spend masa on muhasabah diri. Tapi dalam pada masa yang sama, aku berjinak-jinak untuk bangun solat malam *tahajud*.

Aku rasa kekuatan aku untuk exam ni memang datang dari solat-solat aku and doa yang aku mintak dekat Allah. Kalau takde benda-benda tu, mungkin aku dah takde semangat nak teruskan. Aku tau exam aku kali ni is the worst yang pernah aku buat. Aku macam tak tahu ape-ape and pergi exam just untuk datang exam je. Bukan untuk menjawab exam.

Tapi aku fikir. mungkin ini salah satu cabaran and dugaan yang Allah nak bagi dekat aku. Kite x boleh sentiasa berada dalam comfort zone terlalu lama. Sebab kalau kite terlampau selesa, kite akan lupa diri kite ni sebagai hamba Allah. Allah nak kite sebagai hamba ni, datang meminta pertolongan dari Dia. Aku mungkin akan sedih dengan result kali ni. Tapi aku bangga sebab aku dapat belajar dari pengajaran yang Allah sengaja bagi dekat aku. Aku bersyukur Allah menduga aku tima 1st sessionals ni. kalau Allah bagi time final exam? mungkin aku tak dapat nak menanggung apa yang diberi. Allah knows best. That's it. Fullstop.